Night View |
Day View |
Pandangan Rumah |
for Muslim only
Aimuni Homestay, sebuah rumah rehat di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan mengucapkan selamat datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Kota Bharu adalah sebuah bandar di Malaysia yang berfungsi sebagai ibu negeri dan Takhta Diraja Kelantan. Ia juga adalah nama daerah di mana bandar Kota Bharu terletak. Nama ini bermaksud 'bandar baru' atau 'Kota baru'.
Aimuni Homestay amat berbesar hati menyediakan perkhidmatan rumah rehat (tumpangan) untuk anda. Rumah ini berkelengkapan penuh bagi memberi keselesaan untuk pengunjungnya. Kawasan sekelilingnya di kelilingi oleh pohonan hijau dan rumah- rumah penduduk setempat. Kami amat menitik beratkan amalan kebersihan. Rasailah pengalaman bersama kami.
Kemudahan disediakan
Rumah ini mempunyai 2 buah bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu dan 1 ruang makan beserta dapur . Antara kemudahan kelengkapan yang disediakan ialah ;
BILIK TIDUR UTAMA
BILIK TIDUR KEDUA
RUANG DAPUR
BILIK AIR
Kadar Sewa
RM150/ hari
Deposit sebanyak RM 50 bagi setiap malam yang ditempah Waktu check in 2:00 petang dan check out 12:00 tengahari
Lokasi
Masukkan koordinat GPS di bawah ke dalam peranti pintar anda. 6.089794,102.239505 (klik untuk google map)
Lokasi yang berhampiran dengan Supermarket, kedai dan pasar malam Wakaf Che Yeh yang berada lebih kurang 6min berjalan kaki dari rumah. Jarak ke bandar Kota Bharu pula lebih kurang 5km. Banyak tersedia kedai dan gerai untuk makan pagi, tengahari dan malam dalam lingkungan 1 km dari rumah.Di kawasan ini juga terdapat Bank Islam, CIMB, Bank Rakyat, Mc'Donald, stesen minyak dan lain- lain lagi. |